Posted by Rosmawati in

MATA merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. 
Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan


jenis mata :

 
  • Mata kumpuan terdapat di kalangan artropod(serangga dan yang seumpamanya), dan terdiri daripada banyak sudut yang memberikan gambaran berpiksel (bukannya gambar berganda seperti yang sering diperkatakan).
  • Sesetengah haiwan pula mempunyai oselus (mata ringkas atau titik mata yang terdapat pada haiwan peringkat rendah). Contohnya mata siput cuma dapat membezakan adanya cahaya atau tidak (siang dan malam), tetapi tidak dapat melihat apakah objek yang ada di hadapannya.
  • Dalam kebanyakan vertebrata dan sebahagian moluska mata bertindak dengan memancarkan imej ke atas retina yang sensitif kepada cahaya, di mana cahaya dikesan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Mata kebiasaannya berbentuk hampir sfera, berisi bahan seperti gel optik jernih yang dikenali sebagai gelemaca, dengan kanta fokus dan otot yang dikenali sebaga iris mata yang mengawal kadar cahaya yang masuk. Iris mata ini mengawal bukaan anak mata (pupil), iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.

This entry is posted by RoSeMeraH on Saturday 19 November 2011 at 10:20 pm and can be accessed in the . All comments is shows in the Comments Bank .

0 comments

Post a Comment

Post a Comment