sistem rangka yang sihat  

Posted by Rosmawati in

Amalan untuk memelihara sistem rangka yang sihat :
a) Pengambilan nutrisi yang seimbang
--kalsium dan fosforus diperlukan untuk membina tulang yang kuat.
oleh itu,gizi seorang kanak-kanak dan golongan tua perlu mengandungi kalsium. fosforus, dan vitamin D yang mencukupi untuk pertumbuhan tulang yangkuat dan mencegah osteoporosis.
b) Mengamalkan postur badan yang betul
--postur adalah cara pembawaan tubuh semasa pergerakan dan menjalankan aktiviti harian.postur yang betul akan memastikan turus vertebra sentiasa lurus  dan tidak mengecilkan ruang toraks.
ini dapat mengelakkan sakit tulang belakang, fungsi jantung dan peparu tidak terganggu.

gambar rajah menunjukkan  cara postur yang betul:




c) Penggunaan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti harian
--penggunaan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti  amat penting untuk mengelakkan kecelakaan  atau kecederaan  sistem rangka.
elakkan memakai pakaian  yang terlalu ketat,kerna memudahkan pergerakan.
pakai pakian yang tidak terlalu tebal  supaya perpeluhan mudah berlaku dan melancarkan proses  fisiologi dalam badan.
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi kerana akan menyebabkan tulang belakang bengkok dengan banyak untuk mengekalkan keseimbangan badan.


d) Teknik senaman yang betul dan selamat
--setiap senaman  mempunyai teknik tertentu
--senaman perlu dilakukan mengikut teknik yang betul supaya tidak mencederakan ligaman, tendon, otot dan tulang.
--senaman yang menggunakan alatan  juga perlu diikuti  dengan teknik yang betul dan selamat untu menjamin keselamatan sendiri dan orang lain di kwasan yang dijalankan.

This entry is posted by RoSeMeraH on Sunday 20 November 2011 at 11:44 pm and can be accessed in the . All comments is shows in the Comments Bank .

1 comments

Anonymous  

Cikgu Kita nak Tanya soalan

7 March 2021 at 17:14

Post a Comment

Post a Comment